Saturday, January 29, 2011

Kesian... ini lah hakikat hidup

Dah nak masuk subuh baru berkesempatan update entry. Orang dok sibuk solat tahajud, solat sunat, aku dok online. Qiamullail depan laptop. Astaghfirullah. Bila nak berubah tak tau. Hadoi. umur makin meningkat tapi lupa diri lagi. Baru lepas mop lantai, siang tadi orang drill dinding, pasang tv bracket. Gantung tv tinggi-tinggi, lepas nie takde lah Budak kecik nie dok main tv lagi. Tengok tv dekat-dekat. Sekarang nie, dok melenggak nak tengok tv. 


Suami aku dah 3 hari tak sihat. Kesian pulak. Lepas dapat perkhabaran yang kurang baik aritu terus dia sakit. Aku kesian tapi tak tau macamana nak bantu. Cuma boleh bagi sokongan, itu je. Tempat isteri kan di sisi suami. Susah senang, haruslah hadapi sama-sama. Gaduh-gaduh tu biasalah, asam garam rumahtangga. Harap-harap esok lusa dia sihat lah, aku susah hati kalau dia sakit. 


Hmm, orang kita biasalah. Kalau kita dok cerita yang kita bahagia, yang kita gaduh, anak bijak segala bagai, mesti akan ada yang dok mengata. Jenis mulut-mulut longkang memang ramai.


"Esok lusa bercerailah tu"
"Alah, macam dia sorang je kahwin, macam dia sorang je ada anak"


Macam-macam lagi lah. Orang kita memang macam tu. Kalau ada entry pasal bercerai, pasal seks, pasal gaduh-gaduh, bikini, segala bagai lah yang tu la korang paling suka baca kan? Hakikat yang kita sendiri nafikan tapi itulah realiti. 


Blog kita, apa yang kita nak publish itu adalah hak kita. Segala kemungkinan caci maki segala cemuhan yang berbakul-bakul tu, simpan je dalam balang. Campak dalam laut. Jangan simpan dalam hati. Jadi blogger nie hati kene kering. Tak boleh nak sentap-sentap. Pada aku senang je, korang nak meroyan ke nak kata apa ke kat blog korang, itu hak masing-masing. Selagi ada entry, selagi itu aku akan baca. Hati manusia tak sama. Kalau ada yang memberi nasihat, sila pertimbangkan baik buruk tapi kalau ada yang mencemuh, tutup mata. Buat-buat tak nampak.




Doakan yang baik-baik je untuk kawan-kawan, jangan nak mengutuk je. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...