Monday, January 3, 2011

keroncong untuk aku

Bukan lagu tapi perut nie..sakit, tak tau kenapa.. Mungkin angin agaknya.. Malam tadi pun jam 3am baru boleh tidur.. Masuk bilik je anak dah nangis, nak menyusu.. Mujur tak payah susah-susah nak bancuh susu segala bagai, sua je kat mulut dia.. Senang cerita. Aku pun boleh baring sama.. Anak time tak sihat nie memang la banyak merengek.. Kesian jugak kat dia.. Hmm, jadi mak macam nie lah.. Mana pernah cukup tidur, mana pernah cukup rehat.. Untungnya aku sebab tak bekerja.. Kalau kerja macamana la ek? Tu lain pula ceritanya...

Oleh sebab tidur lewat, maka bangun pun sedikit lewat.. Kesian suami, tak sempat buatkan sarapan untuk dia.. Terima kasih kerana memahami...Rumah pun dah siap bersapu, baju pun dah siap bersidai.. Cadar je belum basuh lagi.. Masak pun belum lagi.. Tengah memikirkan menu untuk hari ini.. Anak dah tidur nie, bolehla nak buat kerja sikit, nak rehatkan badan sikit.. Kalau tak, memang dia nak berdukung je lah..



p/s : perut nie dah berbunyi-bunyi minta di isi.... berkeroncong jek.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...