Sunday, January 23, 2011

Kepala pusing...eksperimental untuk hari ini

Orang kata, kalau tak biasa makan daging kambing, boleh buat pening. Huhuhu. Aku le tuh, pusing kepala dari tadi, lepas makan Home Made Lamb Chop. Biasa tekak nie dok telan ayam, lembu, ikan.. yang lain-lain seangkatan tu jarang-jarang dok telan, sudahnya bersandar kat sofa, menahan pening. Haish. Macam-macam. Anak aku pun aku suap juga tadi. Pening juga tak budak tu? Dalam sakit kepala nie, tekak sempat lagi ngidam nak makan donat. Hah, satu masalah jugak, aku memang tak pernah buat dari A-Z nie, dulu tolong uli ada lah. Dasar pemalas!! haha. Bak kata suami aku, yang pertama adalah eksperimen. Kalau tak jadi, maaflah yek. Makan tetap kene makan, dah buat takkan nak buang, ye dak? Kalau keras, cicah ngan air teh kasi lembut.. 




Ok, mau masuk dapur. Mula beroperasi. Sempat hupdate blog jugak tuh.. poyo!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...