Friday, January 21, 2011

Kenali kaum kerabat limau

Masa aku kecik-kecik dulu, aku cuma  tau limau sunkist je. Semua limau adalah limau sunkist. Tak kisahla, limau tu limau nipis ke kasturi ke hape ke. Pada aku, itu adalah limau sunkist. Bila dah besar sikit barulah kenal satu demi satu. 

Limau Kasturi
Yang nie biasa kita guna dalam masakan, 
buat sambal belacan, penyedap makanan, campur dalam air
Ada petua untuk kempiskan perut, perah limau kasturi dalam teh panas then minum, 
amalkan selalu nanti perut kempis
haha, aku tak cuba lagi nie.

Limau nipis
Yang nie pun selalu orang campurkan dalam air
Selalu orang guna lepas bersalin, 
campurkan kapur dan perahan limau nipis then sapu kat perut
Nak kempiskan perut 
Ada juga yang gosok kat ketiak untuk hilangkan bau badan
dan juga ketibus (read : ketiak busuk)

Limau purut
Aku tak berapa arif sangat dengan fungsi limau purut nie
Lebih kepada ilmu perubatan kot
Alah, yang tokmoh-tokmoh selalu guna tu (nauzubillah)
Satu yang aku tau, boleh guna untuk menghilangkan gatal-gatal kat kulit kepala
Macam syampoo sunsilk tu lah

lemon
siapa tak kenal, lain dari yang lain
orang selalu masukkan hirisan lemon dalam air teh.
minum panas pun sedap, minum sejuk lagi sedap
Satu lagi petua untuk memutihkan kulit,
perah air lemon then sapu pada muka, biarkan kering
kalau amalkan selalu, kulit boleh putih
macam garnier.. ngeh3
ayam bakar lemon sedappp!!! cubalahh

limau gedang a.k.a grape fruit
aku tak pernah makan limau nie
tapi orang kata lebih kurang macam limau bali jugaklah cara makannya
nanti nak cari dan cuba rasa
sama je kot agaknya

limau bali
dulu arwah nenek aku ada tanam kat belakang reban ayam
memang puas lah makan, sedap
dah lama aku tak makan buah nie
biasanya banyak dapat kat perak


Ada lagi tak yang aku tertinggal? Kalau ada tu tolong-tolong lah ingatkan ye dan kalau salah tu  silalah tegur. hehehe.. Tengok limau banyak-banyak nie terliur pula nak minum air limau. Memang layan



4 comments:

Mknace said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

Uchi kay-f @hmad said...

eh tapi limau sunkiest xder pun gambarnye..mcm nerlah rupenye...

Sam Posmen said...

satu lagi terlupa Li Mao bekas jurulatih skuad badminton China. haha.

Nor said...

Kalau dpt kat kami limau2 ni..tahuah kami nak buat aperrrr...syok2..tengokpun jadikla..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...