Friday, January 21, 2011

kemurungan dan puncanya

Kemurungan adalah satu gangguan emosi yang umum dan biasanya lebih kerap terjadi pada kaum Wanita. Ada masa dan ketika kita tidak sedar yang diri kita dalam situasi ini. Eh, kemurungan bukan gila tau! Jangan fikir orang yang sedang kemurungan itu adalah gila. Ianya lebih kepada gangguan emosi 


Tanda-tanda kemurungan :

  • Emosi negatif

  • Anhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)

  • Perasaan tidak endah

  • Hilang minat dan rasa seronok

  • Hilang minat terhadap hubungan seks

  • Perasaan sedih

  • Rasa letih

  • Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak

  • Mengalami gangguan tidur

  • Mudah sensitif

  • Resah

  • Keliru

  • Kadar konsentrasi yang lemah

  • Kesunyian

  • Perasaan negatif: Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri

  • Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.

  • Rasa rendah diri dan hilang keyakinan dalam diri


  • Antara kemungkinan yang boleh menyebabkan rasa murung: 

  • Faktor-faktor psikologi: Tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian (trauma) tertentu.

  • Faktor genetik, rasa rendah diri, penyakit fizikal yang kronik atau serius.

  • Pertambahan berat badan selepas bersalin, perubahan bentuk badan juga boleh membuatkan seseorang tu rasa rendah diri, hilang keyakinan, tak mampu berdepan dengan keadaan. Kerisauan dalam diri takut ditinggalkan suami



  • Dalam hal ini, yang memainkan peranan penting bagi membantu golongan yang mengalami kemurungan adalah ahli keluarga terutama suami. Cuba fahami jiwa mereka. Kata-kata semangat mungkin boleh membantu mereka keluar dari dunia mereka. Jangan pandang remeh pada masalah ini, jika dibiarkan risau akan memudaratkan keadaan. 




    p/s : adakah aku kemurungan? macam ye je....

    2 comments:

    ~CiK TiNieY~ said...

    sy murung gak tp makin bertambah selera!hahaha

    ...mommy jue... said...

    saya juga.... membuak2 selera makan... hehehe

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...