Tuesday, January 11, 2011

Ke mana menghilang... jari-jariku sakit semua

Dah nak petang baru lah berkesempatan nak online. Itu pun bukan di rumah sendiri. Malam tadi   mata memang tak boleh tidur angkara sakit tangan. Bila jam dah berganjak ke angka 5am barulah mata nie sedikit layu itupun lepas telan ubat. Maka dengan itu, pagi tadi aku bangun lambat. huhuhu. Suami aku dah tekad nak bawa ke hospital, tak sanggup nak tengok isteri kesayangan dia nie sakit lagi. Eh, sayang bini rupanya yek. Ngeh3. Sampai kat hospital ampang, orang memang la ramai sangat sampaikan diorang terpaksa tolak pesakit yang bukan kategori kecemasan. Oleh di sebabkan itu, makanya haruslah ke klinik biasa. Klinik Azizah. Owh, aku memang biasa dengan klinik nie. Dah jadi members pun, dapat la discount kan. hehe. Macam biasa, seperti yang sedia maklum, ekzema aku makin teruk. Kat jari je derrrr. Membengkak dan itulah punca sakit tangan sampai ke bahu. Memang demam lah. Doktor cuma bagi ubat sapu dan antibiotik. Macam-macam lah nasihat yang harus aku dengar tadi, tak boleh guna axion better guna sunlight untuk basuh pinggan. Jaga pemakanan, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Orang dah nasihat tu, harus lah di ikut. Buat sementara waktu nie, encik suami lah yang terpaksa basuh pinggan. Latihan untuk dia tu kan.. Hehehe..


Jari-jariku sakit semua kerna bekerja hari-hari....


p/s : bersiaran langsung dari rumah mertua. Balik kerja nanti cik abg ambil. seronok duaronok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...