Saturday, January 15, 2011

Kau kuatkanlah semangat ku Ya ALLAH..

Hidup ini tak lepas dari ujian
Ujian yang bakal mematangkan
Allah takkan uji seseorang diluar kemampuan
Sekiranya kita diuji, sabarlah, redha lah
Sesungguhnya ada hikmah disebalik apa yang terjadi
Jangan pernah menunding jari pada sesiapa
Satu jari kita tunding ke arah orang lain
Empat jari ke arah kita
Mungkin ada silap kita yang kita tak sedar
Allah datangkan kita dengan pelbagai ujian
Manusia takkan pernah terlepas dari semua itu
walau sekelumit cuma
Ingat lah bahawa segala dugaan yang Allah turunkan
kerana DIA sayangkan kita
Mungkin selama ini kita terlalu alpa
Sehinggakan lupa untuk menadah tangan
Memanjatkan seribu kesyukuran pada Yang Maha Esa
Kerana asyik menggapai awan
Sehinggakan kita lupa rumput di bumi

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat ku
Kau kuatkanlah iman ku
Kau tingkatkanlah kesabaran ku
Kau berikan hidayah kepadaku
Sesungguhnya aku insan lemah
Sesungguhnya aku sedang di uji
Hanya Kau yang tahu segalanya
amin..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...