Saturday, January 22, 2011

Kasut dan tudung.. shopping time

Bukan lah esok mahupun lusa. Gaji suami aku lambat lagi masuk. Seminit umpama sehari wehh. Aku nie tak sabar nak beli kasut dan tudung. Bukan untuk aku tapi untuk si kecik nie ha. Sejak dia setahun nie, suka sangatlah nak pakai tudung aku. Bila pakai, dukung dia depan cermin, mula lah tersengeh-sengeh. Tudung aku, dia pakai dah jadi macam telekung. Hajat nak carikan dia tudung untuk budak-budak. Tudung budak memang comel-comel. Hah, lagi satu. Kasut untuk budak-budak yang ada bunyi bila jalan tu, aku nak belikan untuk dia juga. Since dah terkedek-kedek menapak satu dua langkah. Kalau ada kasut tu, mungkin lah menarik minat dia untuk berjalan. Kalau dia merayap merata dalam rumah nie pun senang aku nak jejak. Kan?




Lama tak pegi Nilai, lama tak jalan ke Masjid India.

4 comments:

iniialahaku said...

hehe..cute ah..ni xsbar nk kwen ni..haha

Nor said...

Jika ada anak memang mcm tu..semenya depa nak cuba..comot tapi comei kan?

Nor said...

Jika ada anak memang mcm tu..semenya depa nak cuba..comot tapi comei kan?

masmurni said...

stokin jgn lupe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...