Wednesday, January 12, 2011

Jusco Member Sale..

Seronok tengok gelagat orang kalau pergi member sale nie. Perempuan la terutamanya. Kalau bab beli handbeg tu, pantang ada 'lelong 80%' sebolehnya semua nak rembat. Tak dinafikan harga memang murah jika nak dibandingkan dengan harga asal. Kat situ dah boleh jimat kan? Hmm, aku pernah terjebak sekali je masa Jusco Member Sales kat Setiawangsa. Ops, aku tak beli handbeg ok. Tak pakai pun. Cukup sekadar beli baju kerja untuk suami dan baju anak. Cuma satu je lah kelemahannya, kadang-kadang aku tak tau kat mana ada member sale. Kalau tak kerana sampai surat kat rumah bagitau ada sale. Memang hareeeemmm aku tak tau okeyh! Oleh sebab itu, aku nak la tanya korang kan. Agak-agak hujung bulan nie ada tak Jusco Member Sale? Tak kisah la kat mana-mana pun. For sure la kat kawasan KL or Selangor. Jangan pula korang bantai bagitau aku kat Ipoh ke Johor ke ada sale. Tak de maknenya lah kan.






p/s : macamana nak tau ek? lama tak beli baju nie. baju semua dah makin mengecik. (takmo ngaku diri tu makin debab)

2 comments:

mama aisar said...

huhu..aku pun sgt suka time jcard sale..kalu ada bg tau kat aku k...

...mommy jue... said...

hehehe.. haruslah kau amik cuti kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...