Friday, January 21, 2011

Jangan pukul dia.. dosa nanti

Haku memang marah betul kalau orang muda yang kurang ajar dengan orang tu. Aku sensitif sungguh bab-bab nie. Dari kecik lagi lah, kalau jumpa je orang tua (warga emas) mesti aku nangis. Aku nie dibesarkan oleh atuk ngan nenek. Mak ayah keje kan. Makanya duduk dengan nenek kat kampung, kuantan jugaklah, bukan jauh denak sana tu. Weekend mak ayah aku datang. Alah, sampai umur 6 tahun je, tadika dah tak duduk sama dah. Cuma cuti sekolah je lah kitorang adik beradik balik kampung. Bagi tekanan darah diorang naik.


Bila baca metro pasal cucu terajang atuk gara-gara tak dapat duit, aku rasa marah, geram pun ada. Memang kurang ajar sangat lah tu kan. Baru semalam tengok cerita Jangan Hantar Aku ke Neraka, kaki tangan ringan je melayang menampar menerajang orang. Ada lagi ke situasi macam tu zaman sekarang? Siapa kata takde? Banyak sangat contohnya, salah satu, tu lah. Cucu bangsat tuh! Keji! Tak kenang budi. Ntah mana sifat perikemanusiaan pun aku tak tau. Melainkan budak tu ketagih dadah. Memang sah-sah lah tak ada perasaan. kan?


Aku sayang arwah atuk ngan nenek aku. Diorang baik sangat, memang memahami dan bersabar giler melayan karenah aku adik beradik. Kalau ikutkan rindu, memang rindu. Gambar je lah pengubat rindu. Kala teringat je diorang, cepat-cepat tadah tangan sedekah al-fatihah. Memang tiada pengganti lah. Kasih sayang tak terhingga. 




Hadoi, dah berjurai-jurai air mata nie. Al-fatihah buat arwah Yaacob Awang dan Rokiah binti Abd Rahman. Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman.... AL-FATIHAH...........

1 comment:

Hantu Ulam said...

al-fatihah..:)

Sabar ye Junn, Allah lebih sygkan atuk nenek kita:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...