Wednesday, January 19, 2011

Hmm, dah naik dah.. memang kene potong

Seronok memang seronok bila dapat tengok. Pegang remote, tekan je channel apa yang nak tengok, semua dapat. Ada je ceritanya. Tapi bila dapat bil, memang pening kepala. Adoi, bertambah lagi. Hari nie dapat bil Astro, hamik. Dah ada tax macam yang di bentangkan  dalam Belanjawan 2011. Tak pasal-pasal kene bayar lebih lagi. Bukan seringgit dua tapi dekat RM10. Boleh beli kicap sebotol wehhh. Makanya, nekad nak potong channel mana yang rasanya tak perlu. Hiburan nie kalau lebih-lebih sangat tengok kadang-kadang menyusahkan. Bil telefon tak tau lah macamana, naik lagi lah kan? Makin mudah kerja, makin membebankan kita sebenarnya. So lepas nie kene kurangkan banyak benda untuk elak bayar cukai. Sikit-sikit pun, duit juga tu..



  • Kurangkan subscribe Astro. Tengok yang mana perlu je
  • Broadband, kurangkan juga pakej. Subscribe yang rendah-rendah dah lah
  • Makan luar, fastfood semua tu ada tax kan? Maka haruslah di hentikan, masak sendiri lagi senang. Jimat dan puas hati
  • Telefon? Pakai prepaid je lagi mudah kot. Hmm..


p/s : buat apa membazir duit pada benda yang tak patut? 

2 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

eh dpt dua taw klu beli kicap cap kipas udang...:P

potong je mne2 channel yg tak ditgk..

LiErOSe~QiEmi said...

eh ada bil tambahan ke??? alamak tak tau pun.. bil tak sampai lagii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...