Monday, January 31, 2011

Hidup dalam ketakutan dan berjaga-jaga.. jenayah ada di mana-mana

Setengah tahun duduk sini, baru semalam berkesempatan jumpa dengan jiran aku. Melayu ok. At least ada kenal satu dua rumah, cukup lah kan. Tak de lah rasa terasing sangat kat sini. Dok sembang-sembang dengan makcik nie, memang seronok. Peramah sangat. Makcik nie bagitau la aku, soh hati-hati duduk kat rumah. Sebabnya blog rumah aku nie banyak kes pecah rumah. Baru-baru nie satu tingkat dengan aku rumahnya kene pecah masuk. Dan kejadian tu berlaku tengahari ok.. Time orang kerja, time sunyi sepi. Aku jadi takut lah. Dah la duduk bertiga dengan anak-anak. Katanya diorang pecah masuk ikut pintu grill dan kopakkan pintu rumah. dan orang yang lakukan semua nie orang melayu kita jugak. 


Persoalannya sekarang :



  • apartment aku nie ada security, baik kat parking dan lobby masuk. 
  • Nak masuk kene ada access card, bukan boleh senang-senang masuk je
  • macamana si penyangak nie boleh hangkut barang-barang dalam rumah macam lcd tv segala bagai, security guard tak perasan ke? tak syak ke? takkanlah kot selalu sangat orang pindah?
  • diorang tak buat rondaan ke hape?

Ntahlah, aku takut benda-benda macam nie. memang jalannya, pasang tv kuat-kuat. Nak keluar rumah pun kene pasang tv juga. radio ke kan. Kalau malam takpe lagi, ada kat rumah dan aku nie jenis burung hantu. susah nak tidur malam. Harap-harap aku dijauhkan dari semua tu. Minta Allah lindungi kami sekeluarga. Nie lah pentingnya jiran, at least kita ada tau apa-apa yang kita tak tau selama nie. Kalau ada kecemasan ke apa boleh minta tolong.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...