Wednesday, January 12, 2011

Hati ini sangat gembira

Happy sangat-sangat hari nie. Actually aku berkobar-kobar nak kongsi kegembiraan nie semalam tapi dek kerana badan terlampau penat, makanya di bawa ke pagi nie.. Hehe.. Hajat nak jadi orang pertama yang lihat semua perkembangan anak di makbul kan Allah. Setakat nie, apa juga yang terjadi pada anak, aku yang tau dulu. Haruslah kan, aku duduk rumah. Selama beberapa hari nie, aku ajar anak bertatih, tangan memang akan pimpin dia. Seronok tengok dia berjalan terhuyu hayang. Dan semalam, masa kat rumah my mom in law, aku dengan suami tengah makan, my parents in law pula sedang asyik melayan cerita korea, anak dara aku sudah pandai berjalan sendiri. Mula melangkah setapak, setapak, setapak dan setapak. Aku yang tengok dari awal dia bangun dan mula melangkah, memang tak terkata, hanya mampu tersenyum dan berbangga. Kalau la ada camera kat tangan, memang aku dah rakam. Bila nak masuk langkah ketiga, barulah aku bagitau suami aku. Dan apa lagi, anak aku yang tengah nak berjalan terus duduk. Wah, sungguh bertuahnya aku. Sangat-sangat gembira dengan perkembangan dia. Dan itu juga satu peringatan untuk aku, lepas nie kenelah berjaga-jaga. Budak nie dah pandai nak berjalan, sila pastikan keselamatan di rumah terjamin. hehehehe. Suka sungguh aku tengok budak-budak yang baru nak belajar berjalan nie, terkedek-kedek. Comei sungguh la....



p/s : tak sabar nak belikan dia kasut yang ada bunyi tu. pembakar semangat untuk dia melangkah jauh kehadapan. ceh, ayat tak boleh blah deerrrr.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...