Monday, January 24, 2011

Hati-hati.. nanti menyesal tak sudah.

Ini cuma teguran sebagai seorang sahabat dan juga insan prihatin. Bukan niat nak dengki atau sebagainya. Bukan isu besar sangat pun. Pada siapa-siapa yang beli kereta baru tu, tahniahlah aku ucapkan. Aku sikit pun tak rasa cemburu ke, iri hati, busuk hati dan seangkatan dengannya. Tumpang gembira lagi adalah. Aku tak kisah kalau korang nak letak gambar kereta baru korang tu, baru ke, lama ke, no hal. Itu korang punya pasal. Tapi janganlah sampai tindakan korang tu menjerat diri. Letak gambar kereta dah la kot. Tak payahlah sampai segala bagai korang nak amik gambar dan nak publish pada orang. Biar satu dunia tau. Siap chasis number, gambar enjin, manufacturing date/code, segala bagai korang nak publish. Tidak kah korang fikir, yang itu semua bakal mengundang bahaya dan menyusahkan diri sendiri? 

Kita tak tau siapa yang tengok blog kita. Kita tak tau siapa yang baca. Sekarang nie macam-macam kes berlaku. Korang tunjuk no plate kenderaan, siap bagitau warna kenderaan, model, chassis number segala bagai. Tak ke itu bakal memudahkan lagi kerja 'si pencuri'. Buatnya nanti ada klon kereta sama macam kereta korang macamana? Sebiji no chassis, no plate, segala bagai. Hah, siapa susah? Hati-hati dengan keadaan sekeliling. Zaman sekarang tak ada apa yang mustahil. Kita buat dia (kereta), bukan dia yang buat kita.Tak salah nak berkongsi tapi biar bertempat. 

Mohon ampun dan maaf jika entry ini buat korang panas hati ke hape. Bukan nak mengkritik,  tak salah saling ingat mengingati kan? 

1 comment:

Zuran said...

zuran setuju ngan pendapat jue tu...kadang kat fb bukan main lagi nak reveal sumer...ntah ler hihihi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...