Thursday, January 20, 2011

Hanya air mata dapat menggambarkan semua

Ya Allah, aku bersyukur. 20012011, genap setahun usia permata hati aku Wan Amal Khalisah. Sekejap sungguh masa berlalu, rasanya baru je aku dukung dia, dodoikan dia. Kecil sangat ketika itu. Kini, dia makin membesar, makin lasak. Syukur pada Allah. 


Wan Amal Khalisah
Selamat hari lahir sayang
Permata hati mommy
Pelengkap kehidupan mommy
Sudah setahun bergelar ibu
Mengajar mommy erti kesabaran
Mengajar mommy erti kasih
Kehadiranmu buat mommy sedar
Kau amanah Allah 
Kau tanggungjawab yang harus di pikul
Kau harta yang paling bernilai
Tidak mungkin di tukar ganti

Wan Amal Khalisah
Kau penyeri hidup mommy dan daddy
Gelak tawa mu adalah kebahagiaan buat kami
Keletahmu sungguh menghiburkan hati
Akan mommy belaimu, akan mommy jagamu
Selagi hayat di kandung badan

Wan Amal Khalisah, selamat hari lahir sayang
Mommy sayangkan mu dunia akhirat





2 comments:

Lianna Umar said...

Selamat Hari Ulang Tahun Wan Amal Kalisah ;) moga jd anak yg baik untk mummy n ayah ;)Cumil ur dotter

kayuburuk said...

hepi besday to wan amal khalisah...
moga peribadimu seindah nama mu..
uncle nk sgt bg adiah kt amal..tp xbleh la syg.uncle dk jauh..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...