Monday, January 10, 2011

Facebook will be shutdown, its just a fake story..

Aiseyman, semalam aku post entry pasal facebook akan ditutup, mungkin ramai yang percaya dan mula risau sekiranya ia benar-benar terjadi. Termasuklah aku. Tapi kalau di fikirkan balik, takkanlah orang nak tutup satu-satu bisnes yang boleh bagi keuntungan berjuta-juta. Banyak sangat khabar angin yang di buat untuk menjatuhkan seseorang, tak kisahla dari sudut apa. Tambah-tambah lagi dalam keadaan yang serba moden nie, senang saja kita nak menjatuhkan seseorang hanya dengan menyampaikan berita palsu. Semua nie proapaganda je. Alah, kat Malaysia pun ada juga cuma kita tak sedar atau mungkin terlepas pandang. Maka dengan itu, jangan mudah terperdaya dengan apa yang kita dapat, jangan mudah cepat percaya dengan apa yang kita dengar atau lihat sebelum perkara itu belum terbukti kesahihannya. 


Untuk pengguna facebook, jangan salah guna kemudahan yang kita ada. Facebook tempat untuk kita merapatkan ukhwuah, menyatukan masyarakat dan mengeratkan lagi persahabatan. Bukanlah landasan untuk memecah belahkan antara satu sama lain, memecah belahkan rumahtangga, menyebarkan fitnah. Jangan menyusahkan diri sendiri! Fikir sebelum bertindak, kelak diri sendiri yang susah. Korang dah besar kan? Ada akal, ada otak, fikirlah sendiri ye.








p/s: peringatan untuk diri sendiri juga supaya tidak cepat terpengaruh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...