Friday, January 14, 2011

Duit, duit, duit...hmmm

Esok weekend. Sabtu dan Ahad sudah datang. Teruja? Hmm, biasa je. Masing-masing mesti dah plan ke mana nak pergi, apa program untuk esok. Aku pun dah plan, pakat-pakat dengan suami, duduk rumah, layan tv, layan anak, layan mata. Kalau keluar pun pergi Taman je lah, jogging lah sangat. hakhakhak. Hah, duduk kL nie, setiap langkah kita mesti guna duit. Tambah-tambah sekarang minyak tengah mahal. Mana nak bayar tol lagi, parking pula mahal. Kalau jam? Tak ke membazir minyak? Nak pergi satu satu destinasi bukan dekat-dekat. Dah sampai, perut lapar nak kene isi, makan lagi. Juga guna duit. Kan? Buatnya masa tu ada je godaan Sale dan hasutan syaitan suruh beli? Beli juga lah kita. Lagi nak keluar duit. Senang cerita, no money no walk-walk lah (read : jalan-jalan). Oleh sebab itu, baik duduk rumah, duit tak keluar, badan boleh rehat, masa yang berkualiti dapat dihabiskan dengan family. Jimat belanja. 




Kalau tak keluar duit banyak, tak kayElll la... (read : KL)






p/s : psstt, entry nak sedapkan hati. poket tengah kering, harus berjimat cermat. hehehehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...