Tuesday, January 11, 2011

Blogger.. jangan gaduh-gaduh..

Kenapa mesti kita menjatuhkan orang lain? Harus ke ada sesi kutuk mengutuk sesama sendiri? Sibuk dok mengata entry orang. Ntah apa-apa lah. Entry syok sendiri lah. Macam-macam la, kita dok asyik mengata entry orang, blog orang tapi sedarkah kita bahawa kita juga sama seperti mereka? Mungkin kita rasa entry kita nie habis baik, itu pada kita tapi tidak pada orang lain. Kita semua berdiri di landasan yang sama. Haruslah memberi semangat dan menghargai setiap entry yang kita baca. Setiap blog itu ada kelemahan dan kelebihan sendiri. Siapa kita untuk menilai hasil luahan setiap orang? Siapa kita untuk mengkritik apa yang orang buat? Jangan bermusuh sesama kita, jangan bermasam muka sesama kita. Hentikanlah sifat dengki mendengki. Hentikan lah melontar segala caci maki. Tak ada siapa yang dapat untung. Setiap entry blogger adalah luahan hati mereka. Kalau bukan kita yang membaca, siapa lagi? Tak salah kan membantu sesama kita? Kita berada dalam dunia yang sama. Dunia blogger. Maaf andai ada yang terasa. Bukan niat nak mengata siapa-siapa. Ini peringatan untuk diri ini juga.



p/s : jangan sombong kalau nak berkawan. aku mencari sahabat, bukan mencari musuh.

1 comment:

Hantu Ulam said...

haha sudah biasa tu Junn.. thn lepas n 2 tahun lepas aku slalu gak baca blog yg gaduh2 ni..

kekadang aku rasa cam budak2 je..kalo mereka ade anak, mesti anak diorg malu punye nk ngaku mak..hua hua hua..

tapi skang ni da xder masa nak baca blog diorg dah..baca blog org yg ade baby ni lagi syokkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...