Thursday, January 13, 2011

Biar cerewet asal puas hati.. keselamatan penting.

Aku tau ramai ibu bapa kat luar sana risau nak hantar anak dekat nursery sekarang nie since banyak sangat kes-kes yang tak sedap di dengar. Tambahan lagi pasal kes nursery kat Seri Kembangan yang ceritanya mula terpampang kat blog-blog. Ok, kat sini aku nak kongsi sedikit tips untuk memilih pusat nursery.



  • Berdaftar - Sebarang pusat jagaan atau tadika haruslah berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan juga KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) atau Jabatan Pendidikan Negeri
  •  Terlatih - Penyelia dan pengasuh yang terlatih dan mempunyai sijil
  • Bersemuka dengan penyelia, dan kakitangan - Luangkan masa bersemuka, berbual dan tanya soalan-soalan yang berkaitan dengan taska. Dengan ini kita dapat menilai sejauh mana pengetahuan dia dalam tugas mereka
  • Kebersihan dan Keselamatan - Periksa kawasan taska, bilik, dapur, tandas. Pastikan kebersihan dan keselamatan terjamin
  • Jumlah kanak-kanak vs pengasuh - Pastikan jumlah kanak-kanak yang ada di situ dan jumlah pengasuh yang menjaga kanak-kanak. Sorang pengasuh jaga berapa orang kanak-kanak
  • Program - Lihat jadual program yang sudah di atur untuk kanak-kanak sepanjang setahun. Adakah berbaloi dengan apa yang korang bayar atau sebaliknya. Juga kaji sama ada program itu sesuai untuk anak korang atau tak.
  • Yuran - Tanya sejelas-jelasnya jumlah yuran yang perlu di bayar, buat perbandingan dengan taska yang lain. dan jangan lupa tanyakan tentang bayaran lebih masa sekiranya korang lambat ambil anak. Ini penting untuk mengelakkan salah faham
  • Kelas Fardhu Ain - Ini satu bonus sekiranya taska tersebut menyediakan kelas fardhu ain. Selain daripada ilmu dunia, ilmu akhirat kene ambil kisah juga okeyh!
  • Jadual dan peraturan taska - Kalau boleh simpan satu salinan untuk diri sendiri. Minta dari pihak taska semasa pendaftaran. Senang nanti kalau apa-apa jadi kita ada sumber rujukan
Harap-harap tips nie dapat lah membantu, kalau tak dapat bantu banyak dapat bantu sikit pun kira oklah kan. Jaga anak orang nie sama dengan jaga anak sendiri. Tak ada ibu bapa yang nak anak mereka di sakiti. Sayang mereka macam anak kita sendiri. 



p/s : kalau tak jumpa pengasuh yang sesuai, dan korang nie memang jenis cerewet sangat, sila hantar surat resign sekarang dan jaga anak sendiri. Boleh?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...