Wednesday, January 12, 2011

Belanjawan kita bila nak bentang?

Awal-awal tahun memang nak kene buat budget untuk sebulan dan setahun. Memandangkan harga barang semua dah naik, makanya banyak yang perlu dikurangkan. Single income nie lain sikit. Aku yang surirumah nie la kadang-kadang harus memainkan peranan membantu suami, kalau tak dapat bantu dari segi kewangan, dari sudut lain pun boleh juga kan. Hmm, bila dengar segala benda naik, aku dah termenung, fikirkan jalan yang sesuai supaya tidak terjebak dalam krisis kewangan sekarang. Kene rancang semuanya. Tengok suami balik kerja, penat-penat, hati jadi kesian. Penat cari nafkah untuk keluarga. Makanya haruslah aku berhati-hati dalam berbelanja. Tak boleh demand lebih-lebih dari suami. Banyak yang harus di utamakan dulu. Pakai apa yang ada, pedulikan apa orang nak kata. Utamakan periuk nasi sendiri dulu. Orang hanya mampu mengata, tapi tidak membantu.




p/s : bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. belanjawan rumahtangga 2011 bakal bersidang.

1 comment:

Wanita Bertudung Hijau said...

hehehe, betul tu, kita kena bijak berbelanja kan dgn keadaan rm yg semakin susut nilainya :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...