Wednesday, January 12, 2011

Apa yang korang patut tahu dan cuba... sedap

Lagi cerita pasal ulam. Sinonim dengan masyarakat melayu khususnya penduduk kampung. Orang kampung nie kan suka berbudi pada tanah. Apa je yang diorang tanam, semuanya bawa hasil. Boleh dijadikan lauk. Tak payah fikir nak pergi pasar cari sayur-sayuran. Jimat belanja kan? Ok, jom kita sambung pasal ulam nie.




jantung pisang
biasanya orang rebus je, makan dengan budu
ada juga yang buat kerabu atau masak lemak
sedap tau. 
ikut petua orang-orang lama, jantung pisang nie ada khasiat tersendiri
bagus untuk ibu yang BF anak sebab dapat perbanyakkan susu badan
Senang je nak cari, kat pasar banyak jual.

jering
yang nie ramai yang tak suka tapi aku makan
rangup. sedap buat ulam
ayah mertua aku suka makan nie
eh, arwah atuk aku dulu suka makan jering tau tapi jering rebus
jering rebus makan dengan kelapa 
sedap. kalau tak pernah cuba dan tak tau macamana rupanya
ha, nie gambarnya

jering rebus dan kelapa
memang sedap. lembut je. empuk sebab dah direbus

bendi
just celur je then makan dengan sambal tempoyak
time nasi tengah panas-panas lagi kan 
sambil layan dengan ikan bakar
masyuk seyh..


dah, dah.. tak nak dah cerita pasal makan nie. Lapar perut pula. Makan je tau kan? Weekend nie lah cari ulam-ulaman dengan suami. Ke mana lagi? Pasar boronglah. Macam-macam ada. hehe.. Ha, pada yang makan ulam yang berbau 'keras' tu macam petai, kerdas dan jering tu, kalau boleh minum air kosong banyak-banyak. Kalau ke tandas tu, sila jangan tinggal 'jejak'. Berbau satu rumah nanti.

1 comment:

Cik Aish said...

err sedapnya jering..tp tak ramai yg pandai makan...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...