Thursday, January 20, 2011

Apa yang korang pandang?.... kaki bola.

Sekarang nie aku tak nafikan orang perempuan kalau bab bola, lagi fanatik dari lelaki esp kalau pasukan luar nie. MU ke, Liverpool ke, Arsenal segala bagai nie. Aku tak tau apa yang korang minat sangat. Terbaru, pasukan Malaysia. Tiba-tiba je ramai yang sokong, ramai yang puji. Dek kerana kejayaan pasukan itukah atau disebabkan 'kecomelan' playernya kah? Hmm, rata-rata bila baca tengtang bola dan comment dari peminat perempuan nie, 'i suka pasukan tu, handsome giler mamat tu, kalau main bola seksi..Auuwww..' Sungguh nie, aku tak tipu. Cerita berdekah-dekah pasal bola, sokong pasukan tu, pakai jersey setiap kali ada game. Walhal ilmu pasal bola, habuk pun tarak. Kononnya tak nak lah nampak kuno sangat tak tau pasal bola nie. Contoh terdekat macam KF, sebelum-sebelum nie ada korang pandang pasukan Malaysia? Kalau kenal pun budak kembar dua orang tu hah, then bila Malaysia memang, ada live kat TV, barulah nampak muka sorang-sorang player dan semestinya, yang 'hemsem' jadi pujaan. Esoknya kat facebook, kat blog, rata-rata dok puji KF (read : khairul fahmi), 'hemsem' la mamat nie, i heart  him lah, google pasal bio dia, macam-macam. dok berangan depan laptop, tengok gambar mamat tu sambil sengeh-sengeh. Persoalannya, korang kaum hawa minat bola sebab apa? Player atau corak permainan n kehebatan pasukan tersebut?  Tepuk dada tanya diri. Korang nie kategori mana.


Jangan ada yang marah dengan entry nie, ini adalah realiti sebenar dari hasil pemerhatian aku. Bukan suka-suka nak kata. Kalau ada yang tersentap tu, aku minta maaf banyak-banyak. Tak di nafikan, tak semua peminat bola perempuan macam nie, macam aku kata tadi, kebanyakannya lah. Kalau korang bukan kategori itu, sila senyum je, jangan sentap-sentap.


Hah, aku tak nak lah tanya kaum lelaki. Kang ada yang jawab, 'i suka tengok football player tu, hemsem u, gerammm je..' pitam aku!


p/s : serius, aku kuno, aku tak tengok bola kecuali pasukan Malaysia main. Aku sokong pasukan ye, yang bawa nama Malaysia, aku tak sokong player hemsem. Muka hemsem je tak guna kalau takde skill. 'Apa yang penting, kerjasama..' 'Bersatu teguh, bercerai? korang jawablah sendiri...' 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...