Friday, January 14, 2011

Apa kes?.. anak dgn mak sama je..

Aku baru cuba-cuba nak lelapkan mata, tepuk-tepuk bantal, dah baik punya landing, tiba-tiba anak dara aku nie buat hal pulak. Dok menangis, dah bagi susu pun tak nak tidur. Nak bergantung je. Budak nie dah ada gigi, 6 batang okeyh. Makanya sambil menyusu, sambil tahan sakit. Hah, korang fahamlah sendiri yek. Tak perlu cerita lebih. Sabar jelah aku dengan dia. Sekali dua aku boleh sabar lagi. Tapi sampai masa aku dah tak tahan sakit, lalu aku angkat dia yang tak nak tidur nie, duduk kat ruang tamu. On tv, tengok disney. Kebetulan ada Barney & Friends. Hah, ada tu anak aku tengah terkedek-kedek montotnya tengok Barney menari. Suka sangat. Aku? Dari nak tidur, terus tak jadi. Daddy? Hmm, biasalah lelaki. Kesabaran dia lebih sikit dari perempuan. Anak menangis, dia sabarrrr je. Buat tak tau. Mencikkkk.....






p/s : apa, korang ingat jadi pengasuh nie boleh suka-suka tidur ke time siang? Siapa kata surirumah macam aku nie boleh rehat kat rumah? Sama je macam korang yang bekerja tu okeyh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...