Monday, January 17, 2011

Anak oh Anak..

Anak dara aku sorang nie tak lama lagi nak masuk setahun. Meningkat dah usia dia, sama lah macam mommy jugak. Budak-budak umur macam nie biasanya dah mula berjalan lah, macam-macam lagi lah. Anak aku baru setapak dua lepas tu dah malas dah. Merangkak je laju, cepat sikit sampai kan? Aku malas nak paksa-paksa dia. Biarlah dia berjalan dengan sendiri. Belum sampai masanya lagi. Tak perlu lah nak runsingkan kepala otak nie nak fikir benda-benda buruk, nak gusar ke apa ke. Manusia tak semuanya sama. Hah, kalau tang gigi tu, memang laju lah tumbuhnya. Sekarang dah ada 6 batang, 4 bawah dan 2 atas. Tadi dok intai, yang atas tu macam nak tumbuh lagi 2 je. Menjerit lagi lah aku nanti. huhuhu. 


Sekarang nie dia suka dengan tudung, kalau nampak tudung aku tu, mula lah nak sauk masuk kepala. Labuh nak oii, dah rupa telekung dah pun. Kalau aku sebut Allahuakbar, angkat takbir, dia ikutlah, tiru. Rukuknya, sujudnya. Tonggeng-tonggeng. Sejuk perut nie. Kekal lah hendaknya sampai ke mati nakkkk... Aku selalu tanya, dah besar nanti nak jadi apa. Doktor? dia geleng, cikgu? juga geleng. Ustazah? boleh je tepuk tangan. Nak jadi ustazah anak aku rupanya. Ehh, faham ke dia apa yang aku cakap? Takpelah nak, mommy bahagia sangat dah nie. Tunggu masa je anak aku boleh bercakap. Mula lah potpet macam mommy. Haruslah kan? Anak mak..






p/s : anak aku tengah lasak. rasa macam nak pakaikan je helmet kat budak nie. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...