Wednesday, January 19, 2011

Anak dara oh anak dara..sabar jelah

Nie kisah anak dara aku yang kecik nie. Esok dah nak setahun. Cepat je rasa. Bila tengok dia sekarang, sukanya hati aku, takde benda lain dah yang boleh buat aku gembira melainkan gelagat dia. Sekarang nie memang suka lah dia menolong aku. Bab-bab melambatkan kerja aku memang lah dia pakar. Dari sekecik-kecik kerja sampailah sebesar-besar urusan. Kadang-kadang geram pun ada. 


Rumah aku nie dah setimbun baju tak berlipat. Asal aku lipat, dia pula sibuk nak lipat sama. Masa tu lah dia nak menangisnya, nak menyusu, yang mana aku lipat, dia kembahkan semula. Yang mana aku dah susun elok-elok dia tarik balik. Sampai tahap aku dah penat, tinggalkan aja. Anak aku nie pulak tak boleh nak berenggang, mana aku pegi situlah dia akan ada. 


Time aku menumbuk kat dapur, dia sama naik nak pegang juga lesung batu tu. Bila dah pandai, tak bagi aku pegang, dia nak buat sendiri. Aku nie risau kalau-kalau terlepas kene kaki ke hape, lagi dia nak mengamuk kat situ. Alah, budak kecik macam tu lah. Aku dulu macam tu jugak agaknya. Tempat yang boleh buat dia tak berapa nak nangis, berhenti menangis, kat dapur. Time aku tengah masak, dia masuk je dapur, terus senyum. Suka benar la duduk dapur  budak nie.


Tapi tulah, dia lah penghibur aku, peneman aku hari-hari. Kalau tak ada dia, boleh mati aku di buatnya. Hilang punca, hilang semangat. Kerana dia aku kuat, kerana dia aku tabah dan kerana dia aku bersemangat. 


Esok genap setahun usia anak aku, sekejap je masa berlalu. Aku gembira dapat membesarkan dia dengan tangan sendiri. Aku bangga dapat menyusukan dia dengan susu aku sendiri. Aku bersyukur di beri peluang merasai semua ini. Anak, kaulah pelengkap hidup mommy dan daddy....

2 comments:

Hantu Ulam said...

aku pun sejak ade AI ni, mmg susah benor nak lipat kain. time kt nak lipat tu la die nak manja2. aiyak..

sudahnye kain aku minggu ni x berlipat lg.huhu

Cik Ila said...

bestnye jadi mak,boleh main ngn anak..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...