Thursday, January 13, 2011

Ada anak kecil, macam nie lah..

Bukan mengeluh, cuma melepaskan penat sekejap. Dah ada anak kecil nie, tone suara tak boleh selembut-lembutnya macam cakap dengan kekasih hati kan. Tapi tak la sentiasa aku 'memetir' marahkan anak. No, no, no.. Ada masa tu marah la juga tapi takde la sampai angkat tangan memukul. Ish, itu tak patut. Budak kecil lagi tu, apa dia tau? Paling-paling kuat pun kalau aku nak marahkan dia, (mak marah apalah sangat) marah sambil gelak pastu dukung dan cium-cium dia sampai puas. Geram. Hah, nie lagi bila anak dah nak masuk setahun dan dah start lasak. Lagi lah kene terkejar sana, kene pantau apa yang dia buat. Takkan nak biarkan je kot. Malang tak berbau. Uk-uk anak, sebatu dah boleh bau. Kan?


Anak aku nie pulak, kalau ada mood dia nak mengemas, semua dia tolong. Aku keluarkan mainan, dia simpan semula, aku lipat baju dia simpankan dalam almari. Angkat baju pun sama, terjengket-jengket dalam walker nak capai baju kat ampaian. Tapi kalau datang mood dia nak membuli aku, aduhai.. Makin gatal kepala aku nie. Aku simpan dia selerakkan. Kat dapur tu pun sama juga. Siapa kata jaga anak nie tak penat. Penat wehh. tapi berbaloi-baloi. Puas hati. Kadang-kadang aku saje biarkan mainan dia bersepah untuk beberapa ketika. Peliknya takde pula dia nak usik, nak main. Geram kan? huhuhu. 


Bab makan pun sama, masih bersuap kalau makan makanan berat such as nasi or mee. Yang lain tu, biskut ke apa ke aku memang bagi dia pegang sendiri dan setiap sudut rumah aku akan dipenuhi dengan biskut. Alah, aku masa kecik-kecik dulu macam nie juga. Lagi huduh perangai. hehehe. Lagi penat arwah nenek aku nak jaga. Sekarang, rasakanlah susahnya nak besarkan anak. Pada aku, ini cabaran dan pengalaman indah. Susah nak dapat kat mana-mana. kan?




p/s : baru lepas mengemas rumah, sapu lantai, tak sampai 5 minit, budak nie sepahkan semula. bertuah betul anak-anak mommy nie. 

1 comment:

Rhu. said...

Hahaha mmg penat..anakku umur 3 dan 2 tahun..bayangkan :-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...