Saturday, December 25, 2010

Stokin busuk.... mr bean...

Orang lain sambut Christmas, aku rasa orang melayu kita pulak yang lebih-lebih.. Pakai topi merah ala-ala santa, tukar-tukar hadiah dan macam-macam lagi lah.. Nak komen lebih-lebih nanti ada pihak pula yang marah.. Lupa pula yang kita nie 1 Malaysia..  Buka tv, semua cerita pasal Xmas.. Jangan nanti ada pula yang terpengaruh, terutama kanak-kanak, sibuk nak gantung stokin, sibuk nak tunggu santa datang.. Salji? Bila hujan turun, mak-mak bagitau, salji bila dah sampai kat Malaysia, semua jadi cair.. Hmm... 


Dahla, malas nak merepek lagi pasal nie.. Yang penting kita tau asal usul kita, hormat agama orang lain tapi jangan sampai terikut dengan 'budaya' orang.. terpesong akidah, siapa nak jawab?    


gambar hiasan
mr bean sambut xmas kat malaysia tahun nie.. betul ke?




p/s : malam-malam dok mengutip stokin busuk  kat rumah nie.. Mendobi la, apa lagi.. tak
de makna nak gantung-gantung...













1 comment:

fairusmamat said...

Mufti Johor telah mengeluarkan kenyataan, orang islam jangan pakai pakaian termasuk topi santa claus.. Takut terpesong akidah.. Jadi kita sama2lah beringat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...