Tuesday, December 21, 2010

Serun nak ikut belakang bas..

Owh, suami sya sangat baik hati dengan meninggalkan laptop ini untuk saya..  bolehla online sementara masih belum check out nie.. hehe.. penat je terkejar-kejar buat entry pagi tadi.. huhuhu..


Malam tadi terkejut tengok berita pasal kemalangan bas di Simpang Pulai.. Banyak betul kes kemalangan yang melibatkan bas sekarang nie.. Semalam masa dalam perjalanan ke Jb nie pun, serun nak ikut belakang bas.. Ikut-ikut suka nak potong, bawa laju, siap bagi lampu kat kereta depan.. Nak ke mana bawa laju-laju? Tak serik-serik ke diorang nie? Tak kisah la bas tu kosong ke, sarat dengan penumpang ke, jangan la nak bawa laju-laju.. Kalau kemalangan, bukan dia je yang kene, orang-orang lain turut jadi mangsa.. Memang bengang betul dengan mereka-mereka ini.. Sangat tidak ada otak.. otai la kononnya... huhu...


Pagi-pagi lagi aku dah emo.. Emo dengan sikap manusia yang pentingkan diri sendiri.. Korang layan je la berita pasal kemalangan kat Simpang Pulai kat METRO.








p/s : ubahlah sikap sebelum ramai lagi yang menjadi mangsa.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...