Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011

Haku nie jenis kalut sikit.. Kadang-kadang tu pelupa.. Tarikh memang jarang la aku nak ingat, lagi-lagi tak kerja nie kan. Yang aku ingat, 26hb tiap-tiap bulan... Ye, hari gaji laki aku la... Apa lagi kan? Pagi-pagi celik mata, cari mana laki aku.. Pergi kerja tak bagitau pun atau aku yang tidur mati? Haruslahkan.. Kepenatan.. Anak pulak batuk-batuk, tak sihat badan.. Malam tadi memang tidur tak lena.. Melayan karenah anak yang nak bergantung sahaja..


Dengan muka sememeh, rambut ala-ala lion king, bangun tidur, tengok suami kat dapur tengah kemas-kemas.. Rajin laki aku nie.. Lepas selesai segala urusan di bilik air, bergegas ke dapur siapkan sarapan.. Selera omputih hari nie, makan cheese burger with salad.. Minum teh o.. Haha, gemuk lagi la aku.. Hari nie last adik-adik kat rumah aku, nak hantar balik Kuantan dah.. Hadoi, sunyi la lepas nie takde budak-budak nie.. Kalau tak memang aku dok menyakat diorang je lah.. Ada jugalah peneman masa makan, peneman untuk bising-bising.. Lepas nie mengadap muka anak aku, mengadap muka anak sepupu.. 


Malam nie nak countdown kat mana? Nak bawa budak-budak nie tengok bunga api? Masih dalam perancangan.. Perut tengah penuh, otak lembap sikit nak berfikir.. Tunggu masa nak jadi 'ular sawa' je nieh.. Mata dah layu...Hah, mana tak gemuk kan? Sebelum balik kampung, nak kene selesaikan keadaan kat rumah nie.. Takkan nak tinggal rumah dalam keadaan bersepah kan? 


Sementara masing-masing tengah leka nie lah, baru senang nak buat kerja rumah.. Kalau tak ada saja gangguan.. Anak dara aku? tengah tidur, baru lepas makan ubat kahak.. Kesian pulak kat dia tu... 


p/s : azam tahun baru? hmm, awal muharam haritu dah pasang azam baru.. apa dia azam aku? biar aku je lah yang tau.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...