Thursday, December 30, 2010

Sekali harimau mengaum, garuda boleh pengsan..

Tahniah skuad Malaysia sebab menang piala suzuki semalam.. Untuk pertama kalinya aku tengok bola dari awal sampai akhir.. Hadoi, memang nak luruh jantung nie.. Riuh rendah kat apartment nie dengan sorakan penyokong Malaysia.. Hah, yang aku nie dok tengok Astro, jadi sedikit ketinggalan di situ..


Yang tak seronoknya, masa perlawanan kamera sibuk fokus pada perempuan-perempuan yang kononnya gojessss kat indon tu.. Artis katanya.. Ada aku kesah? Yang cantik-cantik je di fokus, yang tak cantik? Ada, jadi bibik kat Malaysia.. Hmm, nasib la kan.. 


Dan hari nie, boleh di katakan hampir setiap wanita-wanita kat FB, like Khairul Fahmi Che Mat.. Glamer mamat nie.. Ramai yang gila bayang.. Biasala, orang handsome, orang cute selalu jadi pujaan...


sumber : metro


p/s : PM umum cuti umum esok.. Suka la korang kan? Time-time dapat cuti, dapat bonus, baru lah nak TQ PM.. Kalau tak,........ Lu fikir la sendiri.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...