Sunday, December 5, 2010

Petua banyakkan susu badan

Alhamdulillah, sekali lagi aku panjatkan syukur atas kurniaan Allah pada aku.. Susu yang melimpah ruah.. Aku tak pernah amalkan apa-apa petua untuk banyakkan susu badan.. Cuma aku tak berpantang makan masa tempoh pantang.. Minum banyak air masak, makan nasi, ayam, daging, buah dan semua jenis sayur.. Risau memang risau tapi doa tak putus-putus keluar dari mulut, semua nie untuk anak, minta Allah lindung kami anak beranak.. Anak perlukan khasiat yang secukupnya untuk dia sihat(memandangkan masa tu anak aku di NICU)



  • Setiap kali susukan anak, bersyukur pada Allah atas rezekiNya.
  • Zikir.. Zikir yang tak henti-henti sepanjang menyusukan anak.
  • Jaga pemakanan, pastikan dari sumber yang halal dan bersih.
  • Jangan stress!! Kalau stress masa menyusukan anak, sedikit sebanyak mempengaruhi baby.
  • Susukan baby sekerap mungkin. Direct BF lagi bagus.
  • Mintala tolong dengan suami urut kat belakang badan tuh.
  • Banyakkan minum air.
Apa yang penting kat sini, doa yang berterusan agar Allah melimpah ruahkan rezeki untuk anak.. 

Lain orang lain caranya.. Ini adalah pandangan peribadi dari aku.. Kalau ada info nak tambah, silakan eh.. 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...