Friday, December 10, 2010

Nasihat untuk wanita

Tertarik dengan artikel ini, maka aku merajinkan diri taip satu-satu perkataan untuk dikongsi dengan korang semua.. Khususnya wanita la kan.. Sejauh mana kebenaran, sama-samala kita fikir yek...

  • Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang, urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah
  • Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah menghidap penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
  • Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.  Dalam pada itu haid menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
  • Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
  • Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas, jauh jodoh, selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat, mudah dijangkiti kemandulan.
  • Terlalu riang/gembira - merosakkan usus, mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
  • Terlalu kerap marah - merosakkan hati dan cepat kelihatan tua.
  • Terlalu kerap berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut, haid tidak teratur dan waktu tidur kerap mengalami sentapan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
  • Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
  • Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
  • Terlalu takut - merosakkan ginjal, apabila ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
  • Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidah menentu dan pendarahan yang kadang-kadang terlebih.
  • Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan semakin terjejas kesihatan dan kebersihan vagina)
  • Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.
  • Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang berlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.
Dipetik dari : majalah Wanita keluaran Mei 2005

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...