Saturday, December 11, 2010

Naik komuter or LRT?

Sejak beranak pinak nie, aku dah tak naik public transport esp LRT.. Payah nak berangkut dengan anak kecik lagi.. Apatah lagi dengan sikap manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri, nampak kita gendong anak, nampak warga emas, nampak je OKU atau ibu mengandung, diorang lebih rela memejamkan mata.. Kununnya buat-buat tido, tak bagi peluang pada kami-kami nie duduk.. Tak pandai baca signage gamaknye..


Aku niat nak bawa adik-adik aku naik komuter.. Bagila diorang merasa naik kemudahan macam nie.. Yang hanya terdapat di sini sahaja.. Kat kampung aku takde seme nie.. At least ada le benda adik-adik aku nak ceritakan kat kawan-kawan diorang masa buka sekolah nanti.. Cuma apa yang memeningkan aku sekarang, kesesakan dalam komuter.. Kesesakan di merata-rata.. Adik aku sorang macam ulat beluncas, sorang lagi cam siput.. Susah sket nak kawal..


Ye, yang normal itula ulat beluncas.. Bukan reti duduk diam kalau dia tengah excited.. Aku kesiankan yang OKU tu je, adik aku yang downsyndrom. Setiap pergerakan memang lambat.. Camne la nak masuk dalam komuter dik? Orang seme masuk berasak-asak, adik aku nie melangkah pun lambat. Nanti tak pasal-pasal dia bagi peluang pada orang lain masuk dulu.. 


Mak aku pun risau pasal nie.. Aku buntu.. camne nak buat? Haruskan aku redah seme orang umpama main ragbi? Pakai wisel minta beri laluan? Harap-harap semuanya selamat nanti hendaknya..... Semoga berjaya pada diri aku nak bawa budak-budak nie..


Anak aku? Dengan daddy dia je la.. Jadi kanggaroo...



1 comment:

WMBadri said...

Ceritakan pengalaman mummy naik LRT hari tue... seperti yang disangka kan lar....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...