Wednesday, December 8, 2010

Mitos dan Fakta Kacang Soya

Mitos : Kacang soya dapat meningkatkan kesuburan wanita
Fakta : Betul, kacang soya boleh membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya  mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen.


Mitos : Kacang soya dapat mengurangka risiko kanser payudara.
Fakta : Betul, selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser payudara


Mitos : Kacang soya mampu sebabkan sembelit
Fakta : Salah, kandungan serat dalam kacang soya terutama sangat tinggi. Beberapa produk olahan kacang soya seperti tempe, touhu, pula kaya dengan prebiotik. Bahan ini berfungsi menjaga keseimbangan usus, dan mempercepatkan fungsi kerja usus agar dapat melancarkan proses pembuangan dan mencegah sembelit


Mitos : Kadar kalsium susu kacang soya sama dengan susu lembut
Fakta : Salah, kandungan kalsium dalam susu lembut (143mg) tetap lebih tinggi berbanding susu kacang soya (50mg). Dalam kacang soya ada khasiat seperti serat yang menghalang penyerapan kalsium.


Mitos : Kacang soya penyebab perut kembung
Fakta : Betul. Sebahagian besar karbohidrat dalam kacang soya adalah golongan oligosakarida yang sukar untuk dicerna.  Dalam tubuh, kacang soya tidak dicerna oleh usus besar tapi oleh mikroflora usus sehingga  menyebabkan flatulensi (perut kembung)




Dipetik dari : Majalan Wanita keluaran 2006




gambar hiasan



1 comment:

Mohamadazhan hjDesa said...

ada fakta mengatakan kacang soya boleh menyebabkan kanser dan kemandulan.

http://mohamadazhan.blogspot.com/2010/12/betulkah-umat-islam-diperdaya-yahudi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...