Thursday, December 30, 2010

Kuantan banjir?

Semalam call mama kat Kuantan, katanya dah masuk 2 hari hujan lebat tak berhenti-henti.. Hmm, risau jugak la kan.. Cadangnya esok dari Johor terus nak balik Kuantan lepas suami habis meeting.. Risau kalau ikut jalan lama nanti banjir, tak pasal-pasal terkandas.. Tup tup tadi suami msg bagitau yang meeting esok di tunda ke hari Selasa.. Ye la kan, PM dah bagi cuti, buat apa rajin-rajin nak kerja.. Kan? Hehehe...

Berita terbaru yang aku terima dari rakan-rakan FB, Kuantan banjir.. Ada la sesetengah kawasan naik air.. Alhamdulillah kawasan rumah aku tinggi, kira kawasan bukit so memang tak banjir la.. Melainkan kuasa Allah nak tunjuk, naik air ke, mana tau kan? Harusla satu bandar Kuantan tenggelam dek air...

Harap-harap banjir kali nie biasa-biasa je, tak sampai memudaratkan keadaan.. Budak-budak pun nak naik sekolah tak lama lagi.. Semoga semuanya selamat.. Plan balik kampung? Harus diteruskan sebab nak hantar adik-adik..



p/s : kalau balik kebun nie sure ada air depan rumah.. menggedikkan diri nak main air la.. besssttttt

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...