Wednesday, December 15, 2010

Jangan pegang-pegang.... Sila pandang-pandang...

Semalam masa call mak aku, tiba-tiba mak aku cakat kat TC ada buaya.. Masuk berita wehhh... Tapi aku tak sempat tengok sebab suami aku lebih suka tengok news pasal bola dari news yg patut kita tau.. huh!! 


Hari nie, aku menggigihkan diri menggoogle pasal benda nie.. TC (read : Teluk Chempedak) tu memang la tempat femes kat Kuantan.. Tempat orang beriadah, makan KFC, makan MCD, makan angin, makan 'orang' dan mandi manda.. Sedia maklum, kat sini memang banyak 'buaya' darat dan 'belangkas'. hehehe.. Tapi ini bukan port saya berdating okeyh.. ngeh3..


sumber : singalautmetro
nie le buaya tembaga yang kene tangkap tu...


Lagi kes ada buaya di pantai, kalau anda ingat lagi pada bulan Ogos yang lalu, gempar seketika apabila bangkai seekor buaya tembaga dijumpai oleh pekerja binaan di pantai Port Dickson. Pada mulanya ramai yang sangsi akan kewujudan buaya di pantai, namun apabila terdapat bukti nyata, barulah ramai yang buka mata.
Terbaru, lagi kes penampakan buaya di pantai. Kali ini di pantai Teluk Chempedak apabila pengunjung digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram.
Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan Mohamad Irwanis Seni berkata, seramai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuantan bergegas ke pantai itu sebaik menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan buaya berkenaan pada 8 malam.

Beliau berkata pihaknya terus menangkap buaya berkenaan yang terdampar berhampiran kawasan batu-batu di pantai itu.
“Buaya sepanjang tiga meter itu tidak terlalu agresif ketika ditangkap,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Katanya reptilia berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang lewat malam tadi.
Pengarah Perhilitan Pahang Khairiah Mohd Shariff berkata reptilia itu telah dilepaskan ke habitat semulajadinya pagi ini.
“Pengunjung Pantai Teluk Chempedak tidak perlu risau dengan penemuan buaya berkenaan kerana pantai berkenaan bukan tempat haiwan itu bermain,” katanya.
Khairiah berkata, buaya itu mungkin tersasar keluar dari habitat asalnya ketika air pasang di muara Sungai Kuantan. – BERNAMA



p/s : kalo yang suka berendek kat celah-celah batu tu, hati-hatila yek.. kene tangkap dengan JAIP takpe lagi.. Kene baham BUAYA? tak ke mati sia-sia? hehehehe......

1 comment:

fairusmamat said...

Buaya tembaga pegang takpe.. Buaya darat jangan.. Bahaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...