Tuesday, December 28, 2010

Jakun tengok ikan...

Yes, ini cerita weekend kami.. Terima kasih kepada encik suami sebab tunaikan hasrat saya yang dah sekian lama terpendam nak pegi Aquaria.. Of coz la kan kali nie pegi dengan adik-adik.... Awal-awal pagi dah bangkit tidur, siap-siap mandi dan keluar rumah.. Sarapan kami di mana? Haruslah ke Kampung Baru.. Sejak-sejak duduk Kajang nie, jarang ke sana.. Makan nasi lemak Mak Wanjor.. Boleh la tahan rasanya.. Adik-adik saya yang sememangnya tengah excited, makan je apa yang kakaknya bagi.. Nak berjalan punya pasal..


Selesai sarapan, terus ke KLCC Convention Centre, mana lagi kalau bukan Aquaria.. Oleh sebab hari tu beli tiket hanya 3 sahaja, kali nie beli untuk adik saya Yani yang OKU tu.. Memang rezeki, tak perlu berbaris panjang, dapat kaunter khas, dan yang pasti harga tiket sangat murah untuk dia.. Cuma RM10.00. Kalau boleh bawalah kad OKU, senang sikit nak berurusan.. Macam saya, dah terang lagi bersuluh adik saya downsyndrom.. Kad pula ada kat kuantan.. Kalau minta juga kad tu tak tau nak kata lah... 


Layan gambar ye.. 


di luar aquaria







seronok tengok KLCC

kepenatan setelah jalan lama sangat...



Tak banyak gambar yang saya ambil.. Lebih pada ambil video je.. Adik-adik saya? Seronok sangat la diorang.. 4 jam dalam aquaria, banyak kali pusing.. 2 kali pusing keseluruhan, dari awal sampai akhir.. Kalau tak kerana ada tempat lain nak dituju, harus sampai malam kat situ.. dan orang yang paling seronok, adalah saya...... 




1 comment:

mrs_zura said...

wah2 jalan2 aquaria...
p/s sejak bila bahasakan diri sy lak nie hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...