Wednesday, December 8, 2010

Istilah masalah haid di kalangan wanita..

Tidak datang haid - Amenorea
Masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid sekurang-kurangnya 3 bulan.

Tidak pernah datang haid - Amenorea primer
Kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian

Haid berhenti untuk keluar - Amenorea Sekunder
Dikaitkan dengan mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik.
Sebab-sebab lain : gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak). kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

Haid yang terlalu panjang - Menoragia
Pendarahan yang banyak ketika haid. Berlaku pada 9 - 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi tidak berbahaya. Perlu berjumpa doktor sekiranya pendarahan berlaku ketika tempoh haid atau semasa mengandung.

Haid terlampau sedikit - Hipomenorea
Fungsi tirod terlalu aktif (hipertiroidism) atau penyakit buah pinggang boleh menyebabkan hipomenorea. Pil pencegah kehamilan juga boleh menyebabkan hipomenorea.

Haid yang terlalu kerap - Polimenorea
Di sebabkan penyakit jangkitan seksual (seperti chlamydia atau gonorea) yang menyebabkan rahim membengkak. Keadaan ini dikenali sebagai radang pelvis. 

Haid yang terlalu kerap dan sedikit - Oligomenorea
Haid berlaku selepas berhenti selama lebih daripada 35 hari, dengan bilangan 4 - 5 kali haid setahun.

Pendarahan yang berlaku antara haid atau tidak berkaitan dengan haid - Metroragia
Disebabkan ketumbuhan tidak berbahaya pada serviks, seperti polips serviks. Penyebab tidak dikenal pasti. 

Pendarahan yang terlalu banyak dan mengalami kekerapan dan tempoh yang amat luar biasa - Menometroragia
Tanda ketidakseimbangan hormon, endometriosis, tumor fibroid yang tidak berbahaya pada rahim dan kanser (amat jarang sekali). Wanita yang mengalami pendarahan haid yang tidak normal perlu selalu mendapatkan nasihat dari doktor. Anemia juga boleh berlaku jika keadaan ini berterusan.

Pendarahan berlaku selepas menopaus : Pendarahan selepas Menopaus
Biasanya berlaku sekurang-kurangnya 6 bulan. Ia berbeza daripada oligomenorea yang berlaku ketika seseorang itu hampir menopaus. Ramai wanita yang mengalami situasi ini. Bagaimanapun, keadaan ini menjadi tidak normal kerana ia merupakan gejala kepada keadaan perubatan yang serius. Wanita yang mengambil estrogen (HRT) adalah lebih mudah untuk mengalami keadaan ini. Begitu juga wanita gemuk, kerana sel-sel lemak telah mengubah hormon lelaki (androgens) yang dikeluarkan melalui kelenjar adreal kepada estrogen.


Sumber dipetik dari : Majalah Wanita keluaran MEI 2005

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...