Thursday, December 30, 2010

Imbasan 2010 - part 2 mommy-to-be

Kehadiran orang baru dalam hidup kami..

18 Januari 2010
Happy birthday to me...
Masa nie kandungan dah masuk 38 minggu
Pagi lepas pegi check up kat Klinik Ibu Anak Kg Pandan
Baby asyik mengeras, bagitau suami, maka teruslah ke Hosp Ampang
Masa check tu, dah 2 cm bukaan so, kene lah tahan ward
Contraction tak la kerap sangat, 
Boleh lagi duduk dalam wad sambil makan kuaci
Sakit? Memang tak rasa pun
Kuasa Allah
Hadiah birthday? takde pun...
Berharap juga baby keluar hari nie tapi tak kesampaian...

19 Januari 2010 
Keadaan masih sama, kekal 2cm takde perubahan pun
Malam tidur tak lena
Macam-macam hal
Ada pula mommy-to-be yang histeria dalam wad
sungguh menakutkan
Yang menjerit-jerit sakit pun ada juga
Aku? berdebar-debar.. Ayat-ayat al-quran tak lekang dari bibir
Kurma, air zam zam, menjadi peneman
Doktor nak induce tapi pakar suruh tunggu sampai esok
Bagi peluang pada ibu..
Induce? takutttttt

20 Januari 2010
Seawal jam 6.00am
nurse dah kejutkan untuk bersihkan diri
Jam 6.30am doktor nak induce
Masa mandi, tak terasa sakitnya
Sempat berbual dengan anak dalam kandungan 
Seperti biasa, mommy kene kick..
Owh, miss that moment
Doktor check bukaan, 4cm, air ketuban di pecahkan
Call suami yang masih kat rumah
Terus ke labor room, perasaan? macam-macam ada..
Dalam labor room, nurse ajar cara nak meneran
Sambil dengar alunan ayat suci Al-Quran
Suami dah sampai, ada di sisi, tengok muka dia puas-puas
Takut tak berkesempatan jumpa lagi
Dalam 1 jam, keadaan jadi kelam kabut..
Tekanan nadi baby tak stabil, makin menurun
Panik! Takut! 
Doktor kata, aku harus di operate
Kelam kabut buat persiapan ke OT
Nurse kata ' ada apa-apa pesanan terakhir untuk suami?'
W.T.FFFFFFFF
hanya kata-kata maaf yang ku pohon
dalam OT, kene suntik epidural

10.20am - tangisan bayi kedengaran
Umpama terjaga dari lena, anak aku.
Air mata mengalir, nurse minta kucup bayi
Kuasa Allah, anugerah terindah
Baby girl lahir ke dunia
3.25kg@10.20am

baru lepas keluar dari OT, mamai lagi masa nie.. Entah masa bila hubby amik gambar pun tak tau.. Sangat-sangat letih ketika ini


baby terpaksa dikejarkan ke NICU, pneumonia - jangkitan kuman pada paru-paru
Sumpah, aku tak tau keadaan anak aku ketika nie
Suami hanya cakap, baby kat NICU
Masa mula-mula tengok, bagai nak luruh jantung.. Anak Mommy
Ketika nie, hanya mampu panjatkan doa pada Allah minta anak kecil ini selamat..

hari ke dua lahir ke dunia, baru aku berkesempatan memegang anak sendiri
perasaan? sayu, sedih, gembira, macam rojak.. semua ada
air mata tak henti mengalir, senyum tak lekang dari bibir
Apatah lagi berpeluang menyusukan anak sendiri
Kuasa Allah, susu badan cukup untuk baby
Pandai anak mommy hisap susu

Aku dah discharge wad bersalin, tapi kene stay kat NICU untuk jaga baby
Nak susu kan baby walaupun ketika itu baby masih tak beberapa sihat
Sakit operate masih lagi terasa, tambah-tambah lagi batuk teruk yang aku alami
Rasa macam nak terburai isi perut nie
Allah je tau macamana keadaan masa tu

 suami ku yang banyak berkorban masa untuk kami
sanggup menemani aku dan anak kami di NICU
dari pagi sampai malam
Terima kasih abang.. I love u...


Baby di samping mommy dalam NICU, 24 hours dengan mommy

alhamdulillah dapat balik rumah setelah seminggu berkampung di NICU 
anak daddy, sama comel.. hehehe


seronoknya dia tidur, senang sangat nak jaga anak mommy nie
tak banyak ragam

 31 Januari 2010

Beberapa hari je anak balik rumah, terpaksa dikejarkan semula ke NICU
Kali nie keadaan lebih teruk, jangkitan kuman pada paru-paru
dan susu hampir menutupi paru-paru akibat tersedak
Aku takut sangat.. Menangis dan menangis je
Suami setia memberi sokongan
Kali nie aku tak boleh tunggu anak di NICU
Susu terpaksa perah, tak boleh bagi direct.. 
Mulanya keadaan kritikal.. Ya Allah, selamatkanlah anakku

Batuk aku? Masih tak hilang, bertambah teruk
Itu adalah punca anak tak sihat
Sedih sangat.. Doktor pakar di PAED banyak membantu aku
xray, ujian ke atas kahak, macam-macam lagi
sampailah ubat-ubatan dari pakar.. alhamdulillah sembuh

seminggu di hosp, masa untuk keluar
Alhamdulillah keadaan selamat, cuma ada perkhabaran yang tidak beberapa 
gembira harus di dengar
Anak ada appointment dengan klinik PAED untuk ujian ke atas jantung
ada lubang sebesar 3mm.. Dugaan lagi...


to-be- continued.............................





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...