Wednesday, December 1, 2010

Hilang mood untuk berblog

Mata betul-betul dah mengantuk
Blogwalking? Update blog? Baca artikel?
Semua tu terpaksa aku tolak tepi dulu
Ada yang lebih penting menanti
Apakah??

Anak tak sihat, takkan haku nak mengadap blog orang?
Kejam la kan kalau macam tuh..
Saat ini, anak terlena dalam dakapan
Sejak tadi tidurnya resah..
Aku tau ada yang tak kene..
Hmm.. Nape nakk??

Mak mana yang tak risau kalau anak camnie
Nak berkepit 24 jam, tak boleh berenggang
Selera makan sedikit kurang, asyik nak nyusu je
Tidur sekejap, bila mommy bangun anak pun tjaga.. Nangis..
Apa yang tak kene sayang?

Nak tumbuh gigi lagi agaknya...

Aku dah pening..badan sakit-sakit
Orang lelaki memang penyabar, anak nangis pun masih sabar (tido la tuh)
Aku jugak terkial-kial gosok mata amik anak..

Takpelah kalau traffic drop sekali pun
Aku tak kisah, ada yang lebih penting dari segala-gala..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...