Thursday, December 23, 2010

Cemburu seorang isteri..

Cuba cakap, isteri mana yang tak ada perasaan cemburu, biarpun sikit tapi tetap ada.. Jeles bukan tak bertempat.. Kadang-kadang tu ada la jugak menyakat suami, sakat la sangat kan tapi lebih kepada 'reminder' dalam unsur jenaka.. Sape sanggup berkongsi kasih dengan orang lain? Aku tak sanggup.. Handsome sangat ke laki aku sampai nak jeles segala bagai? Kaya sangat ke dia sampai aku nak cemburu? 


Cinta tu buta, tak kenal laki orang, handsome ke tak, gemuk ke kurus, ada duit ke tak.. Kalau dah suka, kalau dah tangkap cintan, kalau ayat dah manis, boleh jadik je kan? So, salah ke cemburu seorang isteri? Alhamdulillah setakat nie segalanya masih ok.. Dan harap-harap semuanya 'selamat' hingga hujung nyawa.. Selalu berdoa pada Allah agar perkahwinan kami selamat.. Dunia akhirat..


Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Dari Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW, dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah, “Kerana itu aku cemburu kepada baginda.” Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya, “Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?” Jawabku, “Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda?” Tanya baginda SAW, “Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?” Jawab Aisyah, “Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?” Jawab baginda, “Ya!” Aku bertanya, “Aku sendiri juga?” Jawab baginda, “Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat.” (Hadis riwayat Muslim)


Sejarah cemburu Ummul Mukminin

Rasulullah SAW pernah bertanya pada isterinya, Aisyah r.a. : “Apakah engkau pernah merasa cemburu?” Aisyah menjawab, “Bagaimana mungkin orang seperti diriku ini tidak merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti dirimu.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah bersama Safiya yang sama-sama berhijrah dan yang baginda nikahi di perjalanan menuju ke Madinah, Aisyah berkata, “Aku menyamar dan keluar untuk melihatnya. Tetapi, Rasulullah mengetahui akan apa yang kulakukan dan baginda berjalan ke arahku. Maka aku pun bergegas meninggalkan baginda. Namun baginda mempercepat langkahnya sehingga menyusulku. Kemudian baginda bertanya, “Bagaimana pendapatmu tentang dirinya?” Aisyah menjawab dengan nada sinis, “Dia adalah wanita Yahudi, putri seorang Yahudi.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Aisyah r.a. berkata, “Pernah suatu malam, Nabi SAW ada bersamaku dan baginda pada masa itu menyangka aku telah tertidur. Maka baginda keluar dan aku pun mengikuti jejak langkah baginda. Sungguh aku menyangka bahawa baginda pergi untuk menemui isterinya yang lain, sehingga baginda sampai pada suatu tempat pemakaman. Lalu baginda pun berbelok dan aku pun mengikutinya. Baginda mempercepat langkahnya dan aku pun mempercepatkan langkahku. Kemudian baginda bergegas kembali ke rumah dan aku pun berlari agar dapat mendahuluinya menuju rumah. Setelah baginda memasuki rumah, baginda bertanya mengapa nafasku termengah-mengah seperti orang yang menderita asma sedang mendaki suatu bukit. Aku pun menceritakan kejadian yang sebenarnya kepada baginda, bahawa tadi aku mengikuti ke mana baginda pergi. Baginda pun bertanya, “Apakah engkau menyangka bahawa Allah dan Rasul-Nya akan menyakiti dirimu?”” (Hadis riwayat Muslim)

Anas r.a. pernah meriwayatkan : “Pada suatu saat Nabi SAW berada di samping beberapa orang isteri baginda, salah seorang ummul mukminin mengirimkan satu piring makanan. Tiba-tiba isteri yang di rumahnya Nabi SAW berada, memukul tangan pelayan yang membawa piring makanan itu sehingga piringnya jatuh dan pecah. Lalu Nabi SAW mengumpulkan pecahan piring dan makanan yang tadinya berada dalam piring yang pecah itu. Baginda berkata: “Ibumu cemburu.” Baginda menahan pelayan tadi sampai baginda memberikan piring dari isteri yang di rumahnya baginda berada. Piring yang utuh itu baginda serahkan kepada isteri yang piringnya pecah dan baginda menahan piring yang sudah pecah di rumah isteri baginda yang telah memecahkan piring tadi.” (Hadis riwayat Bukhari)











p/s : belajar hargai sesuatu selagi ada depan mata, jangan nanti bila dah takde baru nak menyesal.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...