Saturday, December 18, 2010

Angkara anak... Mak jadi mangsa....

GOMBAK: Angkara si anak yang gemar memandu kereta dengan laju, seorang wanita terpaksa melangsaikan 30 saman trafik berjumlah lebih RM 4,000 bagi mengelakkan namanya disenarai hitam atau diheret ke mahkamah.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 58, berkata, dia sudah kerap merayu anaknya supaya menjelaskan semua saman tertunggak itu secara ansuran namun tidak diendahkan.

“Puas saya memujuknya namun anak lelaki saya yang berusia 27 tahun tetap degil dengan alasan tak ada duit. Saya tiada pilihan dan terpaksa membayar semua saman itu kerana ia dihantar atas nama saya berikutan kereta yang digunakan anak saya adalah milik saya,” katanya yang ditemui di perkarangan Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, baru-baru ini. Nor berkata, dia tiba di IPD Gombak sekitar jam 9.30 pagi semalam dan terkejut apabila mendapati nama saya dikaitkan dengan 30 saman trafik yang rata-ratanya adalah saman ekor akibat memandu dalam keadaan melebihi had laju.
“Selepas ditolak dengan tawaran diskaun, saya perlu membayar RM4,000 bagi membersihkan nama saya daripada sebarang saman. Kesesakan di kaunter menyebabkan saya terpaksa menunggu lebih tujuh jam sebelum berjaya membayar semua saman tertunggak itu.

“Orang yang berasak mahu membayar saman terlalu ramai. Nombor giliran diberikan kepada saya adalah 2268 sedangkan nombor yang terpapar di skrin pada jam 9.30 pagi adalah 2048. Ini bererti saya perlu menunggu 220 orang sebelum tiba giliran saya,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di IPD Shah Alam, Gombak, Ampang dan Jalan bandar dipenuhi orang ramai yang berpusu-pusu mahu menjelaskan saman trafik seawal jam 7 pagi lagi.

Kesesakan luar biasa terbabit turut berlaku di kaunter trafik Bukit Aman apabila kebanyakan pemilik kenderaan sanggup menunggu berjam-jam bagi menjelaskan saman tertunggak pada kadar yang dianggap lebih menguntungkan.

Melalui tawaran ditetapkan, semua saman trafik sebelum 1 Disember 2010 diberikan insentif kadar munasabah membabitkan potongan diskaun 50 peratus.







di petik dari : http://www.hmetro.com.my/articles/Angkaraanaklaju/Article



Lepas nie jangan bagi orang lain pakai kereta kita suka-suka hati, sampai masa kalau kene saman, ada je alasan takmo bagi.. siapa susah? Tuan empunya jugakkk yang susah... hmmmm...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...