Wednesday, December 1, 2010

Cantik macam Rebecca?

Aku nie kadang-kadang lupa nak bersyukur pada Allah atas nikmatNya..
Sibuk dok mengeluh kenapa tak kurus, kenapa tak putih, kenapa aku gelap..
Kenapa macam tu? Bukan ke setiap kejadian Allah tu semuanya cantik?
Tak ada apa-apa yang perlu di ubah..

Kalau dulu aku kurus, dok fikir nak melaram jek..
Baju ketat-ketat, walaupun bertudung..
Make up kemana jek.. Especially pegi keje
Yang mana tempat keje semenya lelaki...

Dah kawin, badan naik lagi-lagi lepas beranak..
Mendadak-dadak naiknye..
Dah bersalin tak kurus-kurus jugak..
Mengeluh je tau.. Lupa betul aku..
Dah tak keje, takde kisah nak make up..
Takde kisah nak beli baju sangat
Takde kisah nak beli pencuci muka

Dua tiga ari aku dok mikirkan pasal nie
Akhirnya aku sendiri dapat jawapan.
Kenapa Allah bagi aku macam nie?

Kalau aku kurus, mesti aku lupa diri kan? Pakai seksi-seksi..
Kalau aku putih, mesti aku cun kan? 
dan masa tu mesti aku nak tayang kegebuan kulit aku.. Pakai seksi-seksi lagi
Tudung harus hilang entah ke mana..
Kalau aku keje, duit mesti banyak habis ke baju, 
kesibukan teramat sampai takde peluang nak tengok anak membesar
Takde peluang nak jaga anak sendiri

Sekarang, aku gemuk.. pakai baju pun nak cover-cover segala lemak di badan.. 
ada la jugak rasa malu.. 
ye, niat nak tutup aurat sepenuhnya.. dah selamat kat situ..
Tak kerja, tak payah beli make up
berhias-hias untuk orang lain kan berdosa.. untuk suami dapat pahala..
Tak kerja, dapat jaga anak sendiri..
Jadi orang pertama dalam semua benda..
Dapat bagi breastfeed kat anak tanpa perlu pening-pening nak perah..
Makan pakai suami terjaga..
Dapat masak untuk keluarga setiap masa..
Bukan ke seme tu pengikat kasih sayang?

Ye, aku bersyukur pada Allah..
Ada hikmah disebalik semua nie..
Cuma aku je tak sedar selama nie..

AKU TAKMO JADI MACAM MAKCIK NIE.. HARAP NAMA JE BEST..

gambar rabecca seksi
*sumber : google*
Kalau aku pakai camnie, muntah darahla korang tengok
selulit merata-rata...

Takpelah makcik becca, seksi la setakat mana mo larat..
dalam kubur nanti baju kita sama jek..
tutup aurat jugak ko akhirnya...
kan??

2 comments:

LiErOSe~QiEmi said...

ayat akhir tak menahan.. baju tetap sama..hihihhihi

betul tu.. ada hikmahnye disebalik kejadian yang berlaku.. cume kita kena tengok yang positif, bukan tengok negatif je.. hihihi

...mommy jue... said...

lemak2 kat badan nie berguna untuk ibu-ibu yang breastfeed anak.. gemuk pun gemukk la.. janji laki sayang..
puan bunga, awk menang GA lagi yek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...