Wednesday, December 29, 2010

2010 melabuhkan tirai...kisah suka duka 2010

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun 2011.. Cepat betul masa berlalu.. Rasanya macam baru je lagi kita masuk 2010..


2010, tahun yang cukup bermakna pada aku dan suami. 2010 juga aku mendapat gelaran sebagai 'ibu'. Mommy kepada seorang puteri yang sangat comel.. Kelahiran yang sememangnya di nanti, sejak dari awal lagi.. Doa yang tidak putus-putus agar kandungan selamat.. Gangguan emosi, suka duka sepanjang tempoh kehamilan akhirnya tamat.. 


20.01.2010@1020am, lahir seorang puteri yang sangat comel.. Wan Amal Khalisah, penyeri hidup mommy dan daddy.. Siapa sangka? Siapa duga? Aku sendiri seolah-olah bermimpi ketika itu, di usia 26 tahun, aku menjadi seorang ibu.. Bakal memikul satu amanah Allah.. Satu tanggungjawab yang besar.. Kelahiran anak sulung ini, selang 2 hari dari hari lahirku (18.01) merupakan 'hadiah' yang paling indah untuk aku.. Kurniaan yang tidak terhingga.. 


Tahun nie juga, kami berpindah rumah.. dari rumah mertua ke rumah sewa.. Sampai masa untuk berdikari sendiri, berdiri atas kaki sendiri. Dah kawin kan, segan sangat bila duduk dengan mertua.. Alhamdulillah, tak ada masalah untuk aku menguruskan rumahtangga, dari segi memasak, mengemas.. InsyaAllah semuanya berjalan lancar.. Bab-bab masak nie, belajar sendiri, google je nak oiii.. Zaman dah canggih.. Membesarkan anak dengan tangan sendiri, masak untuk suami, segalanya diuruskan sendiri.. Memang seronok...


2011 - semoga ada 'sinar' baru untuk kami sekeluarga.. Mudah-mudahan Allah permudahkan rezeki kami anak beranak.. Moga pintu rezeki kami sentiasa terbuka. Moga kebahagiaan sentiasa milik kami..




abaikan muka si suami yang jambu dan si anak yang gayat..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...