Monday, November 1, 2010

ultraman cosmos dan sedara mara..

Seingat aku zaman aku kecik2 dlu ultraman cuma ada ultraman taro je kan? Bohong la kalau korang tak tau.. Ke malu nak ngaku korang tengok cite tu? Aku nie sebab ada adik lelaki so dia gak fanatik la jugak dengan katun jepun nieh... Sejak2 aku jadi pengasuh nie, aku pasang la jugak 611 sebab budak tu nak tengok cite ultraman cosmos.. Rupanya ultraman nie dah banyak sedara mara.. Kalau korang tau nama2 ultraman nie bgtau le aku yek... ngehngeh....


ha, kan ramai tu.. yg mana satu taro pun aku tak hengat...


3 comments:

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Saya lahir di tahun 1982. Antara siri Ultraman yang ada ketika saya masih kanak-kanak ialah Ultraman Ace, Taro, Ultraseven, Max dan ada lagi beberapa nama Ultraman yg saya tak ingat.

Ada yang bertanduk, tak bertanduk, ada yang bersegi-segi dan bercorak-corak kepalanya... ada yang boleh bertukar warna tapi persamaan semuanya ialah tak boleh berada di bumi lebih dari 3 minit, kalau tak lampu merah menyala dan Ultraman jadi lemah..

...mommy jue... said...

Waalaikumusalam.. bila kenang balik, apa la yang bestnya dalam cerita ultraman nie sampai kan dulu wajib tengok cerita nie kan? hehehe.. termalu sendiri.. anyway, terima kasih atas kunjungan..

Ahmad Zaki said...

Sama-sama...

Ultraman yang mula2 saya tengok masa budak2 dulu ialah Ultraman Ace. Mula2 tu Ultraman ni sebelum muncul dia adalah berdua lelaki dan perempuan bergabung dengan menemukan cincin di jari masing2. nama pelakon lelaki tu Hakuto, pelakon perempuan Minami. Bila nak bergabung jadi Ultraman Ace, mesti keduanya menjerit nama pasangan. lepas tu dalam satu episod Minami ni diambil oleh satu pihak (makhluk asing kot..) dan diresapi dengan kuasa "Pheonix" semasa di angkasa.

Semenjak tu tinggallah lelaki tu sorang je jadi Ultraman. Masa bergabung dulu lelaki mengawal bahagian atas Ultraman, perempuan kawal bahagian bawah. Kalau perempuan tu lemah atau sakit ke, ada beri kesan mapa kekuatan Ultraman Ace. Inilah kelemahan yg ketara Ultraman Ace.

Kartun lain yg saya suka tengok sampai sanggup ponteng kokurikulum sekolah rendah ialah Flashman sbb masa tu siri akhir ceritanya. Ingat lagi setiap petang hari khamis pukul 5ptg kalau tak silap. Yang lain seperti Maskman dan Suria Perkasa Hitam, Gavan (Gaban), Tomatoman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...