Thursday, November 25, 2010

terkencing dalam suar...

Suka naik roller coaster? Bolehla cuba..

Top Thrill Dragster (Cedar Point, Sandusky, Ohio)
Top Thrill Dragster dinobatkan sebagai roller coaster paling laju dan tertinggi di dunia. Kelajuannya boleh mencapai 193 km/ jam dengan ketinggian mencapai 128 m. (setinggi bangunan 42 tingkat).

Drop Zone (Paramount Kings Island, Kings Island, Ohio )
 Cuma duduk dikerusi yang ada, diangkat sampai ketinggian 92m (setinggi 27 tingkat), kemudian anda "dijatuhkan" dengan kelajuan sehingga 115 km/ jam

Kingda Ka (Six Flags Great Adventure in Jackson, N.J.)
Kingda Ka menjadi roller coaster tertinggi dan tercepat di dunia pada tahun 2005. Ketinggiannya mencapai 138 m dengan kecepatannya 205 km/ jam.

Tower of Terror (Dreamworld, Gold Coast, Australia)
Sesuai dengan namanya, tower yang ini akan membuat jantung anda tertinggal di atas kerana kelajuannya mencapai 160 km/jam dengan ketinggian bersamaan dengan bangunan 38 tingkat (+/- 129 m).

The Incredible Hulk Coaster (Islands of Adventure, Orlando, Fla.)
Panjangnya mencapai 1.127m dengan kelajuan maksimum mencapai 107,8 km/ jam. Tidak setinggi dan secepat yang lainnya tetapi dijamin anda akan merasa seperti naik pesawat tempur F-16 yang terkenal itu. :-)

Superman Ride of Steel (Six Flags New England, Agawam
Sesuai namanya, anda akan diajak "terbang" sampai kelajuan mencapai 124 km/ jam. Kereta ini akan membawa anda meluncur diatas ketinggian 67m dengan sudut mencapai 70darjah

Colossus (Thorpe Park, Surrey, England)
Satu-satunya yang akan membuat anda mungkin muntah adalah keretanya yang akan berputar sebanyak 4 kali berturut-turut.


Takpelah, aku takmo naik.. Naik buai kat taman pun aku dah terjun, gayat.. Inikan pulak benda alah nie.. Boleh mati aku tau!! Sape-sape yang nak naik, sila bawa plastik sampah untuk muntah anda.. Minyak cap kapak sekali!! 

2 comments:

LiErOSe~QiEmi said...

yg kat genting pun bunga tak berani naik.. ni kan plak yg lagi dasat.. noo!!! hihihi

...mommy jue... said...

sape yang berani naik nie memang hebat la.. memang manusia yang takde perasaan.. huish, takut... kering darah dibuatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...