Tuesday, November 16, 2010

sok sek sok sek...

Raya aidiladha aku kali nie di KL.. Suami aku cakap, 'raya puasa kat rmh mama i, raya haji kat rmh mertua u..' ha, rmh mak dia la jugak kan? huhuhu... Nie tahun pertama tak raya dengan family sendiri.. Macam raya puasa lepas, dengar takbir raya aku dah over nangis.. berlinang air mata nie nangis cakap dengan mama kat kg, mak aku relaks je.. Huh, aku je yang lebih.. Tu kisah raya puasa, nie raya haji pun sama.. Dengar takbir raya, aku dah nangis... Nie tengah nangis la nie.. Nak luah kat laki kang kene gelak.. Call mak kang, kene gelak jugak.. So baik aku luah kat blog, senyap..takde sape nak gelakkan.. hohoho..


Okey, apa menu korang utk raya esok? Aku tak tau lagi nak masak apa, sebabnya mak mertua aku nak bakar satay... Yeay.. Macam-macam ada.. Tapi takkan la aku nak datang bawa perut je kan? Memang la tak patut.. Melampau la sangat kan? Hmm, dah kawin kene rajin-rajin dok dapur, rajin-rajinkan diri.. Tak boleh nak goyang kaki.. Ye dak??? kekekeke...


Yang mana balik kg tu, semoga selamat sampai ke destinasi.. Tolong lapah-lapah lembu yek.. Jangan makan tido je.. Sekali skala bermasyarakat kan elok.. Sekarang nie musim hujan, jangan dok main hujan sangat... Dok sakan beraya, tengok-tengok jugak anak.. boleh?


p/s : suami aku kata, jalan sesak teruk.. Dari tol gombak sampai la ke bentong.. So, yang mana menghala ke Pantai timur tu esp kelantan, harap bersabar ye.. makan kuaci boleh habis sebungkus niehh....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...