Saturday, November 6, 2010

Puding Raja..

Esok cuti, yeay!! Walaupun aku nie tak bekerja, boleh dikiran tiap2 hari memang ddk kat rumah la kan.. Tapi aku suka betul time cuti nieh.. Bukan apa, bila encik suami ada, ada la teman aku nak bsembang, nak bgaduh segala bagai.. Kekeke.. Pastu boleh jalan-jalan... Yang tu bukan aku je suka, anak aku pun pandai.. Semalam lepas bawa anak pegi klinik sebab alahan, singgah jap beli pisang kat satu gerai nie.. Kat area-area bangi nie jugak.. Owh, tak sangka ada pisang lemak manis.. Memang susah nak jumpa kat KL nie.. Suami aku nak makan puding raja, tapi disebabkan pisang dah tinggal sket, jawabnya esok kene la beli pisang lagi.. Nak menjamu orang mengidam.. Hehehe... Puding raja, memang peberettt la... Sedappp.. Kat kL nie payah nai jumpa, kat kuantan pun sesetengah tempat je ada jual.. Pasnie tak payah nak beli2 dah yek.. Senang jek buatnya.. Nak resepi? Meh aku kongsi ngan korang.. Boleh sama-sama kita buat esok ye...

Bahan-bahan
  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit kalau takde pisang lemak manis, gantikan dengan pisang emas..
  • 1 cawan biji gajus – digoreng taknak letak pun takpe, ikut selera masing2...
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat aku gantikan dengan kurma,
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi* pastikan bukan QBB okeyh...
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
Kuah utk versi aku, aku cuma guna susu cair, sedikit susu pekat manis, daun pandan ngan esen vanila.. Kalau taknak letak susu pekat manis, ganti dengan madu sket.. nak bagi rasa lemak2 sket, tambah garam dalam setengah sudu kecil..
 

*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak
  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.
Jala Emas/ urat emas
 
Bahan-bahan
  • 30biji telur ayam – diambil kuning sahaja aku biasanya guna skali dengan telur putih.. membazir weh... pastu ikut suka la nak guna bape biji pun... kalau telur gred A, jangan la pakai banyak..
  • 800g gula halus ikut selera, kalau nak manis tambah lagi.. tapi aku tak guna banyak gula...
  • 3 helai daun pandan
  • 8 cawan air
  • Daun pisang untuk dibuat corong aku guna acuan buat roti jala tu je...

Cara memasak
  • Tapis kuning telur dan pukul sedikit.aku pecahkan semuanya pastu masuk dalam blender.. senang.. nak kuning lagi, tambah sikit pewarna kuning..
  • Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
  • Angkat dan tuskan.
  • Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
  • Hidangkan.
  • Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas
Kuah Puding
  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur. aku tak pakai telur, sebab jala emas dah guna banyak telur..
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
 



sumber dari: Majlis Daerah Pekan @ http://www.mdpekan.gov.my

.

sumber gambar :google.. nak gambar versi aku? tungguuuuuu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...