Friday, November 19, 2010

Posisi sesuai utk ibu.....

Kali nie aku nak share dengan para ibu posisi penyusuan yang paling sesuai utk ibu dan bayi.. Bukan je buat baby selesa, kita sendiri pun takde la sakit pinggang sangat kan? Posisi nie memang selamat untuk bayi.. Biasanya posisi nie sesuai untuk baby yang baru lahir dan tak berapa nak lasak.. Macam aku sekarang, anak dah nak masuk 10bulan, posisi macam nie memang tak sesuai dah.. Posisi yang sesuai untuk diorang plak, itu diorang sendiri yang reka.. Macam-macam gaya.. Memang buat kita letih....



1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)
Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu.  Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)
Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

3. Posisi Mendakap (Football Hold)
Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

4. Posisi Berbaring (Lying Down)
Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah.  Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal. bila anak dah besar macam anak aku, takde maknanya dia nak ddk diam.. macam-macam posisi.. tertonggeng sana, lentuk sini, jap lagi naik atas badan.. ikut suka dia je.. kesudahannya aku yang penat.. dia segar lagi....

Secara amnya:
  1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
  2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
  4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
  5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok
  6. Pastikan susu di beri sekerap yang boleh untuk mengelakkan breast dari bengkaK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...