Saturday, November 13, 2010

polis eskot.. maluuuu.....

Sungguh, aku ada satu 'penyakit' sejak-sejak satu insiden yang pernah tjadi kat aku satu masa dulu.. Bukan sakit kronik tapi perasaan takut nak bawa kete sendiri kat kajang nie.. Serius, aku takut sesat.. Lagi-lagi skrang nie dah ada anak.. Aku bukan la jenis yang menghafal laluan-laluan nie, jalan yang bersimpang siur, banyak sangat laluannya.. Aku baru je pindah ke sini semula.. Kiranya tak sampai setahun aku ddk sini.. Sebelum kawin, aku pernah ddk kajang sekejap je.. Kenapa aku takut nak drive?

  • Aku nie rabun ngan silau yang agak tinggi.. Kalau bawa kete malam-malam sure kantoi.. Nak-nak time hujan.. Memang aku redah ikut suka jek..
  • Aku masih tak mahir dengan jalan-jalan kat sini..
  • Kalau aku kuar pun, mana aku nak pergi? Kuar mesti nak guna duit, bayar tol la, isi myk la, nak berangkut anak la, so baik aku ddk rmh diam-diam, tunggu suami je bila nk kuar.. Selamat sket kan?
  • Aku takut sesat!! huhuhu, pernah satu ketika masa aku balik dari kerja menuju ke kajang (masa mula-mula ddk sini sebelum kawin) aku sesat..Call tunang aku (suami aku skrang) tak dapat.. Aku redah jugak.. Aku tak ingat nama tempat, tak ingat nama jalan, aku hanya hafal landmark - bangunan atap biru, shell, petronas, mcD, pokok besar bape batang.. Hah, kalau aku tak jumpa seme tu, sah2la aku sesat kan? 
  • Kene tahan polis disebabkan insiden kat atas, guna handfon masa memandu.. Aku memang tak takut polis, walaupun buat salah.. Aku cakap aku sesat, diorang tanya alamat, aku tak tau!! Aku hanya tunjuk ekses kad je.. Mujur ada nama apartment.. huhu.. Dan akhirnya aku di eskot.. Kete polis siap pasang lampu tu.. Muahaha.. Malu weh bila orang tengok.... macam VIP jek, kene eskot.. padahal bawa bmv kancil jek... ngeh, ngeh...
Nak tak nak, semalam aku harus juga keluar dari rumah, drive sendiri semata-mata nak amik encik suami kat komuter station kajang.. Segala surah aku baca.. Alhamdulillah selamat tiba.. Kalau balik kampung, aku boleh drive..takpe, aku hafal jalan.. Kat kuantan, nak suh aku drive sepanjang masa pun aku sanggup... i loikkeeee....

2 comments:

Budak Botak said...

Waaaahhh, sronok2 polis eskot. Sy pn x da la brapa tau jln kt Kajang tu. Dlu blajar dok kt Bandar Baru Bangi, kira dkt la ngn Kajang. Tp tu pn p Kajang jarang2, ha3. Kalo p pon stakat pekan Kajang tu je la...

...mommy jue... said...

seronok kata kau! malu.. macam orang buat salah je.. sobsob.. seme orang tengok tau.. tula, jalan kat sini memang nak kene study betul2.. Biarpun dah 40 kali lalu tempat yang sama, setiap kali lalu mesti tanya suami 'kita kat mana nie?' bikin panasss je kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...